top of page
00:00 / 05:00

مقدمة الدرس الرابع عشر : سبح ربك

Pengenalan Topik 14 : Pujilah Tuhanmu

Allah telah menunjukkan kepada kita semua terlalu banyak bukti tentang kewujudannya termasuklah nama-nama Allah pada bermacam makhluk. Kebanyakan bukti tersebut hanya dapat dilihat dengan menggunakan akal yang dianugerahkan terhadap ciptaanNya yang terbaik iaitu manusia. Dari alam mikro hinggalah ke alam makro, daripada sekecil-sekecil makhluk iaitu Atom , hingga sebesar-besar makhluk seperti matahari dan bintang-bintang lain yang lebih besar seperti Sirius, Pollux, Arturus dan sebagainya, semuanya membuktikan kewujudan Allah dan bertasbih memujiNya.

Begitu juga dengan kicauan dan siulan burung, ombak menghempas pantai, bunyi deruman air terjun, suara-suara serangga dan sebagainya, tidakkah semua itu menenangkan jiwa jika mendengarnya? Itulah kerana mereka semua itu sedang berzikir (zikrullah), bertasbih memuji Allah, kerana itu jika kita mendengarnya maka jiwa kita pun turut merasa ketenangannya insyaAllah. 

“(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah (ingat Allah)”. Ketahuilah dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.” Surah Ar Ra’d : Ayat 28

© 2021 oleh Nur Fathiah binti Zadul Mutaalim, Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman

bottom of page